Pages

Monday, October 18, 2010

Hari Yang Indah..

saya tak tahula...indah ataupun tidak, tapi yang pasti ia mmg indahla bg sy kerana weekend baru ni, sy mmg tak kemana-mana. duk rumah semata-mata. mmg bahagia, yela hanya makan tido, menonton tv...huurmm..sangat2 bahagia. dunia saya saat itu hanya di rumah sahaja, buka pintu pun tidak. mmg dunia kt rumahla katakan. Keluar?? mmg dh berniat pun tak nak keluar...rumah pun bersih dh berkemas, so nk keluar pun panas terik, duduk rumah lagi bagus.

saya pun tak  tahu n3 kali per..ntah apa2 kan..yela...otak jadi sengal dh ni...tak tahu nak tulis apa..T_________T.abaikan aje kalu korang tak nak baca yer. blog hanya untuk suka-suka sahaja.

Monday, October 11, 2010

Hari Semalam Yang Menyakitkan.

Semalam hari yg amat menyakitkan hati. Yela, pagi hari bangun untuk bersiap-siap ingin pulang ke kampung nk berjumpa orang tua yg tersayang bersama abg, tp hampa. Mmg sedih, sepatutnya sy pulang pd pagi tu, tp disebabkan anak saudara ada kerja(katanya lah), ditangguhkan dlm 3pm akan bergerak ke kampung. Tunggu punya tunggu, dh smpi kul 3, xblk2 lg, tggu lg...dh kul 6pm, tensen dh menguasai diri, sabar lagi, sampaila kul 8pm xnampak bayang pon, apa lagi angkat kakila dari umah abg, terus blk umah. Amat2 tensen time tu, bile anta mesej, katanya kejap lagi sampai, sampai berjanggut rasanya dok menanti dia(ttp xdela kuar janggut), yg tak tahannya nyer tu, dia boleh bgtau kt abg dia yg dia bukan g keje tp g tgk motor GP kt sepang sana, hangin satu badan saya. Sy tgk muka abg sy dh semacam, nk mengamuk pon ada, tp boleh steady lg, yela nk blk kg bukan sje2, ada perkara mustahak yg harus diselesaikan dgn segera. Sbb kitaorang kene tunggu ank buah sbb dia reti bawa keta, sy xreti + lesen xde, abg pon sma(takut), if tahula perkara sebegini akan terjadi, better blk kg naik motor. Lagi senang, hati xsakit. Lepas2 ni xpastila dpt blk kg or tidak, yela, wekeend dh padat ngan program......Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku, amin.

Wednesday, October 6, 2010

Tujuh Tingkat Neraka

Di sini, ingin saya berkongsi dengan teman-teman tentang tujuh tingkat neraka. Artikel ini berkemungkinan teman semua ada yang sudah membacanya. Hanya untuk berkongsi ilmu pengetahuan, supaya ia dapat mempertingkatkan lagi ketakwaan kita kepada Yang Maha Pencipta :-).


NERAKA berasal perkataan Ibrani bermaksud unggun api menjadi tempat seksaan Allah yang dikhususkan untuk golongan ingkar kepada perintah-Nya ketika di dunia.
Di neraka, orang kafir termasuk golongan yang ingkar perintah Allah diseksa sebagai pembalasan seperti dijanjikan Allah SWT dalam firman bermaksud:
“Wahai orang beriman jagalah dirimu, keluargamu daripada api neraka. Bahan bakarnya adalah manusia dan batu. Sedangkan penjaganya adalah malaikat yang gagah lagi bengis. Mereka tidak menderhaka Allah, mereka melakukan apa saja yang diperintahkan kepadanya.” (Surah At-Tahrim: 6)
Api neraka berjuta kali panasnya berbanding api di dunia. Jika api itu jatuh ke bumi, walaupun sebesar hama, hancur lebur dunia ini. Itulah kepanasan api neraka yang tiada tolok bandingnya.
Tujuh nama neraka menanti golongan yang mendustai dan mengingkari perintah Allah SWT. Pembahagian tingkatan neraka menurut Syeikh Dahak Al-Ahbar yang kemudian dipersetujui ahli tafsir dan Usuluddin, antaranya Syeikh Qurthubi dan Imam Al-Ghazali ialah:
  • Neraka Jahanam. Tingkat teratas. Neraka ini bermula dari tingkat paling atas sehingga ke terakhir (bawah). Ia seburuk-buruknya dan penghuni kekal di dalamnya.
Firman Allah SWT bermaksud: “Katakan kepada orang kafir; nanti kamu akan dikalahkan oleh orang Islam dan dihimpunkan kamu dalam Neraka Jahanam. Di sanalah tempat seburuk-buruknya.” (Surah Al-Imran:12)
Begitu juga dalam surah An Nisa, ayat 169, Allah SWT berfirman: “Orang kafir dan orang aniaya, mereka tidak diampunkan Allah dan tidak pula ditunjukkan jalan melainkan ke Neraka Jahanam. Mereka kekal dalam neraka itu selamanya. Yang demikian itu mudah sekali bagi Allah”.
  • Luza adalah tingkat kedua yang dihuni pendusta agama Allah dan berpaling daripada ajarannya.
Firman Allah bermaksud: “Sebab itu Kami beri khabar menakut kamu dengan Neraka Luza (neraka yang menyala-nyala). Tiada yang masuk ke dalamnya melainkan orang celaka, iaitu orang mendustakan agama dan berpaling daripadanya.” (surah Al-Lail: 14-16)
  • Hathamah ialah neraka tingkat ketiga tempat mereka yang lalai dalam mengerjakan perintah Allah kerana dipengaruhi harta dunia.
  • Sair ialah tingkat ke empat neraka dihuni mereka yang makan harta anak yatim. Mata dan telinga mereka menjadi buta dan pekak manakala kulitnya tebal seperti Jabal Uhud.
  • Saqru ialah neraka tingkat kelima, antara penghuninya ialah orang tidak bersolat, percaya kepada perkara bidaah, tidak memberi makan orang miskin dan tidak percaya kepada Hari Pembalasan.
  • Jahim neraka tingkat keenam. Penghuninya melakukan dosa besar seperti berzina, membunuh, mendustai agama Allah dan minum arak.
  • Hawiyah ialah neraka paling bawah menempatkan orang memusuhi Nabi. Walaupun neraka ini paling bawah, apinya sangat panas. Firman Allah SWT bermaksud: “Siapa yang ringan timbangan, dia dilemparkan ke Neraka Hawiyah. Tahukah kamu apakah Neraka Hawiyah? Ia adalah api yang sangat panas.”  (surah Al-Qariah: 8-11)
Janganlah ada diantara kita berada di antara tingkat-tingkat neraka ini, sesungguhnya azab Allah amat dahsyat sekali. Marilah kita bersama saling menasihati dan saling ingat-mengingati antara kita. Demi masa, Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran (Al-Ashr 103:1-3)

Monday, October 4, 2010

Cahaya tiada di rumah..

huhuhu...
tidur mlmku tak lena, (tp terlebih lena)
kerana kepanasan disebabkan ketiadaan letrik,
bile bgn pagi hari, ia amat menyuramkan
sunyi sepi..tiada apa yg berbunyi...
hanya sore2 sumbang kami mengeluh..
bile letrik mau ada ini...
harap bile pulang ke rumah sudah ada...
kerana amat lain sekali rasanya hidup tanpa cahaya yang menyinari kehidupan ini..

'ilmu tanpa amal seperti lampu tiada cahaya, tiada guna, tapi amal tanpa ilmu seperti lampu tanpa elektrik, dah xguna, menyusahkan semua org" - petikan msg dari sahabatku yg disayangi..perumpamaan yg amat mendalam sekali berkaitan dgn ilmu...so bile letrik xde mlm td terus aku tiba2 teringat akan mesej ini....sungguh amat2 menyentuh jiwa...wahai sahabat..jgn mudah letih or mengeluh dlm mengejar ilmu...kerana ia tidak merugikan apa2 pun..malah menguntungkan diri kita...Allah juga amat menyukai hambanya yg mengejar dan mencari ilmu...hanya dengan ilmu...kita disanjung..hanya dengan ilmu kita diingati..hanya dengan ilmu jualah kita ditinggikan darjat...tanpanya..kita di hina..dikeji..dicemuh sama sekali...
Firman Allah dlm surah Al-A'raaf :176. Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (derajat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir.

Apa lagi..jangan lengah2 ya mengejar ilmu...kelak tiada siapa yg rugi...zaman sudah berubah...teknologi sudah canggih..apa lagi..gunalah sebaik-baiknya...renung2 kan..dan selamat beramal..:-D

Thursday, September 30, 2010

Go To KLIA..

Pd 18/9 yg lepas...aku, mely dan ita go to KLIA...mely nk jumpa kawan sekuliah, sekampung, sepekan or setaman ker..what everla, yang fly to Riyadh..keje di sana selama 2 or 3 tahun kot...aku pun tak dgr seberapa yg jelasnya kwnnya nak stay kat sana berapa tahun..tp yg pasti..ondeway nak ke sana tu, sempat lagi la diorang ni bersnap sana sini lagi...aku apa lagi...akan jadi tukang tidak mencantikkan gambar mereka..hahaha..(sudah, jgn gelak lama2 sgt..xbaik).
 Ondeway to KLIA...bersama teman2 kesayangan..

 Co-Pilot ni mmg sentiasa menyibuk..

Ikut Highway Mex..Letih juga duk dalam keta lama2..

Ini drivernyer...h.mate kesayangan..

Laluan di KLIA..lengang jer..

Ni la dia kawan mely yg akan fly tu(xigt nama, jgn marah mely..)

Dlm mely dan kawannya melepaskan rindu dendam mereka, yela lama kawanya kt oversea, kami apa lagi..dok snap sana sini kat dalam airport tu, pose buat2 mcm org xnampak akan kehadiran kami...malu sungguh..tp buat2 xmalu..hihihi. After solat maghrib, eh lupa nk bagitau yg kwn mely tu nk fly dlm kul 9pm n kami berjumpa kul 7pm, diorg jumpa pun kejap jer..kene settlekan pendaftran n what ever la..mmg best..

aku xde idea..

aku sebenarnya xtau apa yg nk ditulis dlm blog ni sbb aku xde idea...serius. sejak aku create blog ni masih belum muncul - muncul juga idea nih(oh..idea...datanglaa.) takpe, aku harap pasti satu ahri nanti pasti idea tu dtg kan..wish me luck..

Thursday, August 19, 2010

Nasib Baik Sempat Elak

Mownin...Pagi ni saya rasa letih sangat, mybe tido lewat malam tadi..tp xkisahla...yang penting tengahari nanti akan kubalas jua sisa-sisa tidurku itu di dalam bilik kak su (port cantek punya utk tido) and tutup lampu(klu la ada bantal dan selimut...huuuffff...lena beb) tapi aku kena sedar yang aku tido kat ofis bukan kat rumah...hehehehe.dah2 merapu lak bab tido nih...
Semalam on the way blk rumah satu kemalangan berlaku betul2 depan mata, motor sama motor, korang bayangkanlah...dalam keadaan jalan raya yang sesak kt kg.baru...korang taula kg.baru tu mcammana time bulan pose ni kan...sesak ya amat2...okla back to story. Apa yang aku nampak dan lihat dgn mata kepala dan mata lutut aku ni..kedua2 mamat penunggang motor tu salah juga, yela yang sorang tu, bile nk kuar simpang tengok belah kanan jer xnak tgk belah kiri sebelum mencelah, n yg sorang lagi tu laju semacam jer dari arah HKL(dah tau jalan sesak..bawa motor laju2), pastu mamat yang dok kt simpang tu just kuar ckit jer tayar motor dia n mamat yg bawa motor tu xsempat nk ngelak n DUUUMMM!!!, apalagi jatuhla si mamat yang bawa motor laju tu dan dalam masa yang sama saya lalu (bawa motor gak) nyaris2 kene kat saya, nasib baik saya bawa motor xlaju(yela jalan tgh jem kan, slowla..klu x..hehehe)nasib baik sempat ngelak, klu tak dengan saya2 skali join baring kt tilam keras tu...saya sempat gak toleh ke belakang n tgk mamat tu terbaring dah kat tilam keras(jalanraya),cian saya tengok...n secara automatiknya badan aku menggigil...rasa lemah kepala lutut nih...nk pulas motor tu pon xterlarat sgt..berpinar kejap kepala nih...ngasa nk turun dari motor n tolak motor tu...sungguh!!..xpenah ngasa camtu even saya pon penah gak landing kt tilam keras tu...huuiisshhh...xleh nk katala..benda berlaku depan mata kan...saya benti pon..coz badan sendiri pon dh menggigil...kang xpasal2 hal lain lak nnt kan...apa jadi pada mamat tu saya xtau dh..harap dia selamat..lgpon hopital xjauh pon..dekat sgt..sampi umah citer ngan ita(h.mate) apa yg saya nampak tadi..dia yang dengar pon cam sengiau je, korang tau x sengiau tu apa??(ngerila) ita siap bagi advice lagi kat sy bawa motor leklok..dia pon minah rempit jugak tu..klu bawa motor...huufff...xpadan dengan badan yang kecik tu..kecik sgt ker ita ni??konfius nih??pada h.mate yang len2 saya xciter pon...malas..hehehe..hati2 dijalanraya k...bulan pose ni dugaan mmg besar..banyak bersabar, jgn terburu2 time memandu or menunggang motor..sayang nyawa yang satu ini..

Wednesday, August 18, 2010

Welcome..

Salam...

Just nk cube2 je...andai ia benar2 melekat di hati akan diteruskan..U all nak tau x, apa sbb sy blh nk ada blog sendiri...coz sy asyik dok baca blog orang laen je...seronok je...enjoy saya membacanya..teringin tapi tak tahu nak tulis per...mybe masih baru...takpe...nanti2 yer...