Pages

Wednesday, October 31, 2012

Tips mula hidup baru lepas putus CINTA


Di sini ada beberapa tips untuk mulai hidup baru selepas putus cinta. Walaupun tidak semudah 1,2,3 untuk melupakannya bekas kekasih, tetapi lebih baik mencuba dari terus meratapi...♥ ♥ ♥

1. Berkumpul dengan kenkawan. Jangan menghabiskan masa sendirian. Manfaatkan masa terluang dengan keluar berkelah, minum di cafe, berchating atau telefon & sms untuk mencurahkan perasaan duka juga bercerita tentang hal semasa.


2. Menenangkan diri sambil membaca buku. Cuba ingat kembali buku apa yang belum sempat kamu baca. Buku yang menarik akan memicu imajinasi dan boleh membuat kamu leka tanpa memikirkan tentang hal lain. Semakin banyak masa yang kamu habiskan dengan buku, tanpa sadar semakin sedikit waktu yang digunakan untuk memikirkan tentang kerinduan kamu tentang bekas kekasih.♥

3. Jangan mudah tergoda. Dalam masa terdesak, sering sekali kamu mudah jatuh hati. Pada masa ini memang kamu perlukan seseorang untuk mengisi kekosongan hati dan memberi perhatian. Jangan terjebak hanya dalam cinta sesaat. Pikirkan baik-baik dan selalu fokus pada hal lain dalam hidup kamu seperti pekerjaan, keluarga, atau pendidikan. Jika kamu sudah merasa cukup tenang dan boleh berfikir jernih, barulah kamu perlahan-lahan boleh mula mencari kekasih baru.


4. Kalau memang susah untuk melupakannya, buang semua yang berkaitan dengannya seperti hadiah, no telefon, gambar. Hapuskan akaun facebook, twitter, dan semua yang boleh mengingatkan kamu padanya. Ingatlah KAMU PASTI BOLEH..♥

5. Bersukan. Mungkin cadangan ini nampak biasa saja, tapi ada alasan mengapa bersukan boleh membantu melupakan si dia. Sukan bukan hanya baik untuk kesihatan tubuh tapi juga baik untuk kesihatan mental. Bersukan boleh membantu meningkatkan mood dan membantu kamu menjadi lebih segar. Dengan tubuh yang sehat dan segar, secara optimis akan meningkatkan kepercayaan diri dan membuat kamu lebih positif dalam menjalani hidup.


:: Yang paling penting ingat tuhan. Sudah tentu dia bukan jodoh kamu. Dan berdoalah kepada Allah semuga dipertemukan dengan orang lebih baik dari bekas kekasih kamu itu..♥ ::

♥ SeMoGa BerManFaat ♥

Tuesday, October 30, 2012

Rindu nak merepek :-((

Assalammualaikum..

Dh terlalu lama rasanya aku tak berblog, tersgt-sgt tidak ada masa untuk menjejak jari jemari di blog kesayangan aku nih. Dh mula bersarang balik, semak jer aku tengok. Macam rumah yang dh lama di tinggalkan, tak berkemas. Sejak tukar kerja nih, otak aku seakan akan tak boleh nak berfungsi dengan baik hahahaha..takdela.. aku jer yang takde masa, nak berblog ni perlukan masa dan ruang yang tersendiri barula besh nak mengomel or apa kan. Kalau otak sentiasa penat jer, better tak payah tulis, dan takdela korang bosan nak baca apa yang aku tulis kan. Tapi ada ker orang baca yer??? Ada aku kisah..(~,~)

Aku singgah kejap jer nih, saje je. Aku rindu nak berblog..hukhukhuk :-((.