Pages

Friday, May 11, 2012

KFC !!!

Assalammualaikum...

First-first sekali saya nak ucapkan ribuan terima kasih pada my bos kecik, En. Fauzi & En. Ruzali yang sudi belanja kami semua (En. Ashrul, Rahmat, Kak Sharifah, Dayah) makan KFC tadi sempena farewall Hidayah yang akan berpindah ke JKR Seremban mulai minggu depan dan sempena makan saja-saja. Makin berkuranganla orang di ofis ini. Dahla ofis tak ramai orang, banyak pulak yang berpindah, lagi la bertambah sunyi ofis. Nak buat macam mana, rezeki masing-masing telah Allah tetapkan.


Yummy..yummy
KFC sudah. Lepas ini apa pulak yer??


Domino's..cedapnya..
Domino's Pizza..Macam sedap.My Bos, next makan-makan yang ini yer..

Tuesday, May 8, 2012

Tips 8P Kebahagian Rumahtangga

Assalammualaikum semua..


Apabila ketiadaan kerja, so keboringan melampau akan melanda, so belek punya belek blog orang akhirnya saya rasa nak share tips-tips kebahagian rumahtanggan ni dengan korang semua, terdapat '8P' kunci kebahagian dalam rumahtangga yang wajib kita lakukan dengan pasangan masing-masing agar mahligai yang dibina itu berkekalan hingga akhir hayat..enjoy yaaa..

1. P yang pertama ialah ‘puji’.
Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. P kedua ialah ‘peluk’.
Peluk ialah yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. P ketiga ialah penghargaan’.
Di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. P keempat ialah ‘perhatian’.
Hal ini yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. P kelima mewakili ‘persefahaman’.
Persefahaman penting kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. P keenam membawa maksud ‘pergaulan’.
Pergaulan iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. P ketujuh adalah ‘percutian’.
Di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8. P yang terakhir ialah ‘permohonan’.
Permohonan adalah doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Ustazah Siti Nur Bahyah (Penceramah Terulung di Malaysia) juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. :)
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

Friday, May 4, 2012

Kerja Oh kerja!!!

Salam pagi jumaat semua,

Syukur alhamdulillah hari ini saya masih lagi bernyawa lagi untuk teruskan kehidupan didunia ini. terima kasih Ya Allah. Dan untuk teruskan kehidupan ini juga, kita semua memerlukan sumber-sumber penghidupan supaya boleh hidup. Korang faham tak apa yang aku merepek ni??. Kalau korang tak faham..faham-faham ajelah yer.
Saya sebenarnya hati sedang runsing mengenang nasib diri ini. Ceewaaahh..jiwang pulak den ni. Ala bukan selalu pon nak jiwang. Untuk pengetahuan korang semua, saya sedang mencari kerja baru, tapi setakat hari ini masih belum dapat lagi. Bukannya tak cari, cari dah. dah berpuluh resume yang saya hantar untuk cari keje, yang panggil interview beberapa jer. Sedih juga bile mengenangkan nasib diri, sampaikan saya rasa dah tak sanggup nak hadapinya. Dalam beberapa bulan ini jer..terlalu banyak dugaan yang saya hadapi. Tapi saya tau, ujian yang Allah berikan itu adalah untuk menguji hambaNya. Aku bersyukur Ya Allah.
Sekarang ni, tinggal sebulan lebih aje lagi kontrak saya akan ditamatkan. Saya belum dapat keje lain lagi..Toooooollllllllllllllllllllloooooooooooooonnnnngggggg!!!!Korang semua tolong doakan saya yerk..Terima kasih..luv u allz.
Ya Allah, Kau Permudahkanlah urusanku, Kau perkenankanlah doaku Ya Allah..Amiin..