Pages

Tuesday, October 11, 2011

Penyakit Hati

Aku ada baca buku 87 kisah-kisah teladan yang harus kita ambil iktibar dari kisah tersebut. Oleh itu, aku petik satu kisah yang bagi aku amat menarik sekali iaitu kisah tentang 'Penyakit Hati".  Jom sama-sama kita ambil pelajaran dari kisah ini.

Ibrahim Al-Khawas, seorang wali yang terkemuka mengadakan permusafiran. Dia melalui sebuah padang pasir yang panas terik. terasa tekaknya sungguh kehausan. namun tidak nampak tanda-tanda yang membolehkan dia menghilangkan kehausannya itu.

Tiba-tiba dia terlihat sebatang pokok delima di atas sebuah bukit kecil yang dikelilingi semak-semak yang berduri. Dengan sengera Ibrahim bergegas menuju ke pokok tersebut. Pokok itu hanya mempunyai sebiji buah delima yang kecil berwarna kemerah-merahan.

Ibrahim telah membayangkan bahawa buah itu pasti manis rasanya yang akan dapat menghilangkan dahaganya. Dia mengambil buah itu lalu memakannya. namun dugaannya tersilap. Buah itu rasanya amat pahit dan payau sehingga terpaksa Ibarahim memuntahkannya. Mulutnya pula terasa gatal-gatal.

Setelah itu, Ibrahim meneruskan perjalanannya. Ketika hampir petang, Ibrahim samapi ke satu tempat yang ditumbuhi bunga-bunga yang rimbun dengan baunya yang harum.

Ibrahim pun duduk berehat melepaskan penat lelah. Tiba-tiba ia terdengar suara yang seperti dalam kesakitan.Ibrahim segera bangun dan pergi mencari arah suara tersebut, sekiranya dia dapat memberikan bantuan yang diperlukan.

Dia ternampak seorang lelaki tua sedang terbaring lemah. Ditubuhnya terdapat tanda-tanda disengat lebah. Apabila Ibrahim menghampirinya, orang itu lantas di=uduk dan menyapa'Apa kahabr Ibrahim Al-Khawas?'

Ibrahim amat terkejt, bagaimana orang tua asing ini boleh mengenali dirinya. 'Siapakah tuan? Bgaimana tuan boleg mengenali saya? Dan bilakah kita pernah bertemu?' Bertalu-talu soalan dari Ibrahim Al-Khawas.

Orang tua itu pun menjawab, 'Wahai Ibrahim, adakah engkau kehairanan? Alu adalah orang yang dekat dengan Allah. Aku tidak perlu bertemu terlebih dulu denganmu untuk mengenalimu dan mengetahui tujuan perjalananmu.'

Ibrahim tambah terkejut. Siapakah orang tua ini? Namun Ibrahim bertanya lagi, 'Wahai tuan, engaku mengaku hampir dengan Allah, tetapi tubuhmu bengkak-bengkak akibat sengnatan lebah. Sekiranya engaku memang hampir dengan Allah, bukankah sepatutnya engkau meminta kepada Allah ketika lebah-lebah itu menyerangmu suapaya Dia melindungimu?'

Lelaki tua hanya tersenyum mendengar kata-kata Ibrahim, Dia berkata 'Wahai Ibrahim, ternyata engkau belum matang.Aku tahu, engkau menganggap dirimu hampir dengan Allah. Namun ketika engkau akan mengambil buah delima yang tidak diketahui siapa tuannya dan engkau belum meminta izin, mengapa engkau tidak meminta kepada Allah supaya melindungimu?'

'Wahai Ibrahim, sakitku disengat lebah adalah penyakit luaran yang kaan sembuh lembali sama ada ubati atau tidak. Sebaliknya penyakitmu yang digoda hawa nafsu adalah penyakit dalaman iaitu penyakitt hati. Ia akan terus tersimpan menjadi benih-benih maksiat sepanjang hidupmu selagi engkau tidak bertaubat.'

'Oleh itu pulanglah ke tempatmu kembali. Ubatilah penyakitmu terlebih dahulu sembelum engkau mengubati penyakit orang lain. Banyakkan berzikir, mengingati Allah, beramal ibadah dan membuat kebaikan kepada manusia.'
Ibrahim Al-Khawas telah mendapat pengajaran yang berguna dalam permusafirannya kali ini.

 Dalam surah Al-Baqarah:10 bermaksud" Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta". Apa yang dapat saya ulaskan disini ialah bersegeralah memperbaiki diri kerana apa-apa yang terdetik dihati(perkara besar maupun kecil) akan memberi impak yang besar pada masa akan datang tanpa kita sedari kita pernah melakukan kesilapan di atas kealpaan diri kita. Oleh itu teman sekalian, jagalah hati, jangan dikotori.

No comments: