Pages

Wednesday, October 12, 2011

JAGALAH HATI Part 1

Semalam saya postkan satu citer yang berkaitan dengan HATI iaitu "Penyakit Hati". Harini saya masih lagi nak bercerita mengenai hati lagi iaitu "JAGALAH HATI". Bagaimana kita hendak menjaga HATI kita, Jom...jelajahi sehingga anda benar-benar menemui HATI anda.

Rasulullah s.a.w telah mengegaskan bahawa di dalam diri manusia ada seketul DAGING, jika baik daging itu maka baiklah manusia tersebut. Sebaliknya jika jahat daging itu, maka jahat pulalah orang tersebut. Daging itu ialah HATI.

Itulah peranan utama hati. Ia umpama RAJA dalam kerajaan diri manusia. Jika raja baik, rakyat akan baik. Maka begitulah bila hati baik, secara automatik tangan, kaki, mulut, hidung dan lain-lain pancaindera akan melahirkan kebaikan. Al-Quran memberikan informasi yang sangat banyak tentang hati ini. Tidak kurang dariapda 188 kali informasi tentang hati ini diulang-ulang oleh Allah dalam al-Quran.
HATI milik kita bersama. Ia terletak dalam kerangka jasad tubuh kita. Kita hendaklah sentiasa menjaga dan menggilapnya hingga bercahaya. hati yang bercahaya memapar wajah sebenar diri kita.

Justeru, usaha untuk melahirkan diri, keluarga, masyarakat, negara bahkan dunia lebih baik mestilah dimulakan dengan membersihkan hati manusia.

Revolusi Hati

Kejayaan Rasulullah s.a.w mengubah masayarakt jahiliah adalah kerana Baginda berjaya mengubah hati manusia. Inilah yang dikatakan oleh Profesor Dr. Hamka, "Nabi Muhammad s.a.w berjaya melakukan satu revolusi jiwa yang hebat dalam sejarah manusia."

Rasulullah s.a.w berjaya mengubah sikap manusia kerana Baginda berjaya melakukan revolusi hati. Walaupun umat Arab Jahiliah ketika itu sedang berdepan dengan kegawatan politik(mereka sentiasa berbalah sesama snediri), kegawatan ekonomi(ekonomi mereka dimonopoli oleh orang Yahudi) dan kegawatan sosial(perzinaan, perogolan, minum arak dan membunuh anak perempuan  menjadi tradisi), tetapi Rasulullah s.a.w tidak mengubat "penyakit-penyakit" itu pada akibat-akibatnya tetapi terus kepada puncanya-yakni hati. Baginda yakin kegawatan-kegaawatan yang bersifat lahiriah itu ialah hasil daripada "sakitnya" hati.

Tiga belas tahun Rasulullah s.a.w menangani persoalan hati manusia dengna wahyu-wahyu di peringkat Makkah. Ayat-ayat al-Quran peringkat itu pendek-pendek dan kebanyakkan sarat dengan persoalan iman. Semuanya berkisar pada kepercayaan kepada perkara-perkara ghaib. Ayat-ayat itu menerangkan tentang keesaan, keagungan, kebesaran dan keindahan Allah juga menggambarkan keadaan dan balasan nikmat di syurga dan seksa di neraka.

Iman di hati ialah kunci utama ke arah perubahan sikap. Ia secara automatik akan mengubah manusia secara bertahap-tahap. Transformasi, reformasi, evolusi atau apa sahaja istilah yang dikaitkan dengan perubahan, mesti berlandaskan soal hati. Apabila soal hati ditangani dengan iman, ia memberi satu kekuatan yang luar biasa dalam diri manusia yang biasa. Tauhid ialah sumber kekuatan untuk melakukan perubahan kerana ia mengungkai semua halangan dan godaan luaran yang menganggu usaha ke arah perubahan.

Soal hati, bukan hanya penting pada peringkat awal perubahan tetapi ia perlu terus dijaga sepanjang usaha manusia untuk menjadi invdividu yang baik dan mampu memberi kebaikan.

Rasulullah s.a.w pernah mengingatkan bahawa setiap amalan bergantung kepada niat. Sabda Rasulullah s.a.w "Sesungguhnya setiap amalan yang bermula dengan niat."(Riwayat Muslim). Maknanya, jika niat baik, maka amalan pun akan baik. Sebaliknya jika niat jahat, amalan yang baik sekalipun akan bertukar menjadi jahat. Bagaimana natijah atau kesan sesuatu amalan sering bergantung pada mukadimahnya. Jika mukadimah amalan itu ialah yang baik, maka amalan itu akan memberi kesan yang baik.

2 comments:

Anonymous said...

Tq bagi info yg berguna, byk yg harus diperbaiki

ayudiah said...

InsyaAllah...sama2lah menjaga hati kita.
(psstt...gambar tu sesuai dgn tajuk... ;) )