Ramai yang sudah tau yang filem Ombak Rindu adaptasi dari novel Fauziah Ashari telah ditayangkan pada 1 Disember 2011 di semua pawagam-pawagam di Malaysia. Antara pelakon yang membintangi filem adalah Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani & Bront Palarae.
"Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.
Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.
Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?
Dan untuk pengetahuan semua, saya belum tengok lagi citer ni, sabtu ni mybe akan tgk dgn K.ja, Ashe kat Kota Damansara. Dengar desas desus dari member-member, semua kata best. Keluar jer panggung bengkak mata. Baru 5 hari tayang di panggung, kutipan telah mencecah RM 5.2 juta. Tahniah pada semua yang terlibat.
Sebelum tu, jom layan OST Ombak Rindu dari Hafiz & Adira.
Lirik Lagu Ombak Rindu–Hafiz/Adira
Adira : Tuhan tolong lembutkan hati dia Untuk terima ku seadanya Kerna ku tak sanggup Kerna ku tak mampu Hidup tanpa dia di sisi ku
Hafiz : Tuhan aku tahu banyak dosa ku Hanya ingat Kamu kala duka ku Namun hanya Kamu yang mampu membuka Pintu hatinya untuk cintaku
Adira : Malam kau bawalah rinduku Untuk dirinya yang jauh dari ku Agar dia tidak kesepian Selalu rasa ada cinta agung
Hafiz : Hujan bawa air mata ku Yang mengalir membasuh luka ku Agar dia tahu ku terseksa Tanpa cinta dia di hatiku
Hafiz & Adira : Hanya mampu terserah Moga cahaya di penanti
Hafiz: Tuhan tolong lembutkan hati dia Untuk terima ku seadanya
Adira: Kerna ku tak sanggup Kerna ku tak mampu Hidup tanpa dia di sisi ku
No comments:
Post a Comment