Saya terbaca hadis tentang jodoh yang ditentukan orang tua kita, meh baca sama bagi mereka-mereka yang sedang keliru atas jodoh yang ditentukan itu, tidak salah rasanya untuk kita menolak pilihan orang tua, tapi disebabkan tidak mahu melukakan hati orang tua, kita menerima sahaja apa pilihan orang tua kita kan. Semoga kalian mendapat yang terbaik dalam hidup kalian.
Dari Aisyah, ia berkata, "Telah datang seorang perempuan kepada Rasulullah saw., lalu berkata, 'Ya Rasulullah, ayah saya telah menikahkan saya dengan lelaki pilihannya agar dapat meringankan beban dirinya.' Maka, beliau menyerahkan urusan ini kepadanya. Perempuan itu lalu berkata, 'Saya benarkan apa yang dilakukan ayah saya, tetapi saya ingin agar kaum perempuan tahu bahwa para bapa tidak mempunyai hak sedikit pun dalam urusan ini'." (hari AHMAD)
Hadis di atas mengisahkan seorang ayah yang menjodohkan puterinya denganlelaki pilihannya. Perempuan tersebut kemudian mengadukan kejadian itu kepada Rasulullah saw. Beliau akhirnya menyerahkan penyelesaian masalah itu kepadanya. Ia ternyata bersedia menerima lelaki pilihan orang tuanya untuk dijadikan suami. Tetapi, di hadapan orang ramai dia ingin menyatakan bahwa menjodohkan anak--seperti yang terjadi pada dirinya--bukan hak mutlak orang tua. Ertinya, jika anak menolak, orang tua tidak boleh memaksa. Sikap ini dibenarkan oleh Rasulullah saw.
Kisah yang terdapat dalam hadis di atas memberikan pengajaran kepada kita bahawa salah satu langkah mendapatkan jodoh ialah menerima pilihan orang tua. Perkahwinan seorang perempuan atau lelaki dengan pasangan yang dipilihkan orang tuanya sah menurut Islam. Oleh kerana itu, seorang perempuan atau lelaki yang dipilihkan jodohnya oleh orang tua tidak perlu merasa hak-haknya diabaikan. Islam mengakui bahawa setiap orang bebas mendapatkan jodoh yang diinginkannya. Akan tetapi, ternyata yang bersangkutan tidak mampu mendapatkannya, sedangkan orang tua dapat mengusahakan, Islam membenarkan anak menerima pilihan orang tuanya.
Anak, perempuan atau lelaki, yang dipilihkan jodohnya oleh orang tua hendaklah menanggapi secara baik. Jika calon tersebut memenuhi kriteria dan syarat yang digariskan Islam, hendaklah dia lebih mengutamakan pilihan orang tua daripada menantikan yang tidak pasti. Pada awalnya mungkin sekali anak tidak tertarik kepada pilihan orang tua, namun ia boleh mencari kelebihan calon pasangannya sebagai daya tarikannya.
Ramai anak-anak, perempuan mahupun lelaki, lebih mementingkan pilihannya sendiri hanya kerana pilihan orang tua sekali dipandang kurang secocok di hatinya, bukan kerana yang bersangkutan tidak memenuhi kriteria dan syarat yang digariskan oleh Islam. Akibatnya, calon yang diharapkannya tidak kunjung muncul sehingga sangat terlambat baginya untuk berumah tangga.
Oleh kerana itu, seseorang boleh mendapatkan jodoh dengan menerima pilihan orang tua. Selama mana calon yang diajukan oleh orang tua memenuhi kriteria yang digariskan oleh Islam, anak-anak sebaiknya mempertimbangkan pilihan tersebut dengan baik. Insya Allah, langkah ini akan membawa berkat baginya sehingga terhindar dari keterlambatan berumah tangga atau membujang seumur hidup.
wallahua'lam....

No comments:
Post a Comment