Pages

Friday, October 17, 2014

Selamat Hari Malaysia - Air Terjun Sg.Sendat

Salam Satu Malaysia sahabat,

Hari ini cuti Hari Malaysia, so plan housemate saya untuk next projek diorang adalah Air Terjun Sg.Sendat, Ulu Yam. Seawal jam 6.30 pagi, kami telah bangun untuk solat subuh, memasak bekalan yang akan disantap di Air Terjun nanti.

Perjalanan kami ke Air Terjun dipagi hari diiringi dengan hujan renyai-renyai. Kami keluar awal pagi supaya boleh cari parking kereta,  port cantik utk berkelah dan mandi-manda. Jam 8.00 pagi tiba di Air Terjun Sg. Sendat, dan ternyata tidak ramai org lagi..so kami mandi manda dengan gembiranyaa...yeaayyy
Kami berempat jee.. Kasih, Ita, Meli & Siti :-)



Ambik mood sblm mandii..

Ronda kawasan duluu...
Ok..usaha untuk memandikan diri..;-)


Yeayyy...finally..kami semua bergumbiraa...lalala











Okay, mandi sudah, main gelongsor pun sudah..so time untuk bersantap ye. Lepas makan kami terus balik kerana Air Terjun tersebut dah sendat dengan manusia yang tak henti-henti berkunjung di kawasan ini. Jadi, kepuasan telah dicapai disini, dan untuk projek seterusnya, hutan mana yang kami redah, air terjun mana yang akan kami selami....tungguuuuu..

Wednesday, February 5, 2014

Dugaan

Assalammualaikum sahabat,

Hai..aku sebenarnya tidak tau apa yang hendak ditaip kerana fikiranku tidak stabil. Dugaan datang lagi, kali ini aku dikhabarkan tentang ayahku warded di Hospital Petaling Jelebu, kerana serangan jantung pada hari Isnin yang lepas. Aku terima panggilan telefon dari Abg Ujang dan aku terkedu tidak berkata apa-apa. Memang aku tau ayahku ada sakit jantung tapi taklaa seteruk ni. Menurut kata mak, ayah tidak bersarapan pada pagi tersebut dan tak lama lepas tu ayah terus makan durian, dengan tiba-tiba tengahari ayah mengadu sakit dada dan terus dihantar ke hospital dan ditahan. Aku masih belum berkesempatan untuk melawat ayah, jika tiada aral aku akan pulang ke kampong dalam minggu ini. Didoakan ayah cepat sembuh dan pulang seperti biasa dirumah. Amiinn.

Wednesday, January 29, 2014

PERTEMUAN SEBUAH KEBAHAGIAN

Indahkan...title pun dah memberikan erti yang bermakna. Itulah yang terjadi. Aku sempat menghadirkan diri dalam perjumpaan bersama sahabat di Antan Bantura, Shah Alam pada ahad lalu. Yang lead this event ofcoz la org kuat a.k.a En. Akbar. Tidak disangka ramai yang hadir untuk bersilaturrahmi ni.  Malam tu kan ada siaran langsung Anugerah Juara Lagu (aku pasti, ramai yg dok depan tv masa ni kan, nak tahu siapakah yang menang Juara Lagu). Tapi aku memilih untuk berjumpa sahabat yang bagi aku telah sekian lama tidak berjumpa. Rindu sesangat. Sangat seronok bila berkumpul ramai-ramai ni, borak-borak dalam keadaan yang santai dan menikmati makanan yang disediakan. Apabila tiba masa untuk makan..ini yang paling aku suka sebab masa tu aku memang lapar, makan dah tak pandang kiri & kanan dah..bedal je apa yang ada depan mata. After makan, citcat-citcat dan sesi bergambar sebelum pulang. So..inilah hasilnyaa.


Bidadari Syurga :-)

Fon mmg xpenah lenggang dari tangan En.Haiqal ni

Sempat lagi posing yerr adik-adik..

Anak-anak tidak ketinggalan beramah mesra juga

Aku dicelah-celah 'KLCC'..hehe
Keluarga Besar Kami :-)
Rata-rata respon dari semuanya inginkan lagi gathering seperti ini. In Sha Allah akan datang pasti ada lagi. Allah pun suka bila kita mengeratkan silaturrahmi ni :-).

Friday, January 24, 2014

SELAMAT PENGANTIN BARU SITI & LAN

21 Dis 2013 adalah tarikh keramat bagi pasangan mempelai SITI NOOR FASIHA BINTI RASHID & APRIYAL BIN JABIR(LAN) selamat disatukan dalam suasana majlis yg sangat indah, dengan sekali lafaz, Kak Long sah menjadi isteri kepada sang suaminya Lan, tahniah acu ucapkan, moga kalian menempuhi ranjau kehidupan ini dengan bahagia hingga hujung nyawa.

Saat menanti dijabkabulkan :-)
Malam berinai dengan baju Minang
Sentuhan mesra pasangan mempelai :-) Like it


Sang putera melangkah dengan penuh gayanya :-)

Putera & Puteri di Hari Bahagia :-)

Terukir senyuman mempelai di atas pelamin :-)

Mak & Ayah mempelai tidak ketinggalan jgk yaa, enjoyy

 
 

 Hari ini genap usia perkahwinan mereka sebulan 3 hari..masih dalam proses perkenalan antara 2 jiwa untuk menjadi Satu. Moga kebahagian milik mereka.
Amiin :-)

Thursday, January 23, 2014

Aku Ditempat Kerja Baru

Haii.. Assalammualaikum,

Bermula pada 18 Nov 2013, aku dengan rasmi telah bertukar tempat kerja baru iaitu sebuah syarikat Developer di Kajang. Dan dengan itu aku dah tak bekerja di KL lagi. Ok, bercerita tempat baru, bos aku kedua-duanya bangsa Cina, mereka pada pandangan mata aku sgt baik, friendly dan besh. Kenapa aku kata besh..sbb diorg tidak akan ganggu aku walau sesibuk manapun diorg ni, cuma setakat diminta untuk fotostat ajelaa yg akan diganggu dan time bagi kerja je, selebihnya mmg takklaa. So, aku sentiasa berada di tempat sendiri baik semasa or bos tiada di ofis. Sekarang ni pun dah dekat 3 bulan aku kerja dekat sini..kejap sgt rasanyaa, In Shaa Allah aku akan cuba untuk jadi pekerja yg baik untuk bos-bos aku ini sbb mereka jugak baik kepada staff-staff mereka. Wish me luck yaa :-)
Christmas tree hasil tangan aku & Bos (Mr. Kenneth)