Pages

Friday, November 25, 2011

Jodoh Pilihan orang Tua

Sedikit info nak dikongsikan pada u allz..selamat membaca ya..

Saya terbaca hadis tentang jodoh yang ditentukan orang tua kita, meh baca sama bagi mereka-mereka yang sedang keliru atas jodoh yang ditentukan itu, tidak salah rasanya untuk kita menolak pilihan orang tua, tapi disebabkan tidak mahu melukakan hati orang tua, kita menerima sahaja apa pilihan orang tua kita kan. Semoga kalian mendapat yang terbaik dalam hidup kalian.

Dari Aisyah, ia berkata, "Telah datang seorang perempuan kepada Rasulullah saw., lalu berkata, 'Ya Rasulullah, ayah saya telah menikahkan saya dengan lelaki pilihannya agar dapat meringankan beban dirinya.' Maka, beliau menyerahkan urusan ini kepadanya. Perempuan itu lalu berkata, 'Saya benarkan apa yang dilakukan ayah saya, tetapi saya ingin agar kaum perempuan tahu bahwa para bapa tidak mempunyai hak sedikit pun dalam urusan ini'." (hari AHMAD)

Hadis di atas mengisahkan seorang ayah yang menjodohkan puterinya denganlelaki pilihannya. Perempuan tersebut kemudian mengadukan kejadian itu kepada Rasulullah saw. Beliau akhirnya menyerahkan penyelesaian masalah itu kepadanya. Ia ternyata bersedia menerima lelaki pilihan orang tuanya untuk dijadikan suami. Tetapi, di hadapan orang ramai dia ingin menyatakan bahwa menjodohkan anak--seperti yang terjadi pada dirinya--bukan hak mutlak orang tua. Ertinya, jika anak menolak, orang tua tidak boleh memaksa. Sikap ini dibenarkan oleh Rasulullah saw.

Kisah yang terdapat dalam hadis di atas memberikan pengajaran kepada kita bahawa salah satu langkah mendapatkan jodoh ialah menerima pilihan orang tua. Perkahwinan seorang perempuan atau lelaki dengan pasangan yang dipilihkan orang tuanya sah menurut Islam. Oleh kerana itu, seorang perempuan atau lelaki yang dipilihkan jodohnya oleh orang tua tidak perlu merasa hak-haknya diabaikan. Islam mengakui bahawa setiap orang bebas mendapatkan jodoh yang diinginkannya. Akan tetapi, ternyata yang bersangkutan tidak mampu mendapatkannya, sedangkan orang tua dapat mengusahakan, Islam membenarkan anak menerima pilihan orang tuanya.

Anak, perempuan atau lelaki, yang dipilihkan jodohnya oleh orang tua hendaklah menanggapi secara baik. Jika calon tersebut memenuhi kriteria dan syarat yang digariskan Islam, hendaklah dia lebih mengutamakan pilihan orang tua daripada menantikan yang tidak pasti. Pada awalnya mungkin sekali anak tidak tertarik kepada pilihan orang tua, namun ia boleh mencari kelebihan calon pasangannya sebagai daya tarikannya.

Ramai anak-anak, perempuan mahupun lelaki, lebih mementingkan pilihannya sendiri hanya kerana pilihan orang tua sekali dipandang kurang secocok di hatinya, bukan kerana yang bersangkutan tidak memenuhi kriteria dan syarat yang digariskan oleh Islam. Akibatnya, calon yang diharapkannya tidak kunjung muncul sehingga sangat terlambat baginya untuk berumah tangga.

Oleh kerana itu, seseorang boleh mendapatkan jodoh dengan menerima pilihan orang tua. Selama mana calon yang diajukan oleh orang tua memenuhi kriteria yang digariskan oleh Islam, anak-anak sebaiknya mempertimbangkan pilihan tersebut dengan baik. Insya Allah, langkah ini akan membawa berkat baginya sehingga terhindar dari keterlambatan berumah tangga atau membujang seumur hidup.

wallahua'lam....



Kesibukan Melanda

Bismillah...

Apa kabar kalian?? Lama sungguh saya tak update blog ni, sibuk sedikit dengan perpindahan ofis dan juga hal-hal lain. Ini pon curi masa jap tengok blog ni..hehe..

Citer-citer lain akan di postkan xlama lagi yer..tgh cari feel lagi nih.

Oklah..take care u allz..love u..

Thursday, November 10, 2011

Selamat Pengantin Baru

Sekalung tahniah diucapkan pada pasangan pengantin yang cantik dan sepadan iaitu Siti Zuhaila Mohd Hassan &  Mohd Shahril Rahman yang telah di ijabkabulkan pada 9 Oktober 2011 bertempat di rumah pengantin perempuan di Kapar, Klang Selangor.

Majlis yang dijalankan dalam suasana sederhana tetapi meriah ini dengan kehadiran hampir  300 tetamu bagi meraikan kedua mempelai ini. Maaf lewat upload, sibuk sangat.
Jom layan gambar mereka.

Ayu & cantik

Ita , Merly & kak Ct (ambil berkat la tuh)

Debaran sang puteri

Wajah kekasih

Syukur alhamdulillah

Kebahagian terserlah di wajah pengantin ini
Kucupan suami pda isteri tersayang
bergambar selepas lafaz akad nikah

Debaran sang puteri yang akan melayari bahtera bersama sang putera pilihan hati

Apa yang penting...kerjasama..suke-suke
Terimalah mas kawin dari abang.

Abg Shahril yang tetap dengan sifat pemalunya

Mempelai bergambar bersama ibubapa tersaysng

Sama cantik sama padan

Ita & Kak CT

Kak Su & kak Ct
Merly & kak Ct
Kasih & kak Ct
Giliran kak ct sudah sampai, kita tunggu siapakah yang akan menyusul dan ikut jejak kak ct, Merly kah, Ita kah, kak Su kah, Annor kah, Su kah or cik kasih kita ini.haha. Apa-apapun SELAMAT PENGANTIN BARU KAK CT & PASANGANNYA. Semoga bahagia hingga akhir hayat.

Wednesday, November 9, 2011

Congrats Adik Umi Dapat BaBy Girl

Akak nak ucspkan sekalung tahniah pada adik umi yang baru bersalin baby girl pada 7 November 2011 bersamaan 11 Zulhijjah 1432H yang pertama dan tanda kasih & cinta u all berdua. Sangat-sangat cumel dan indah sekali anak adik umi. Namanya masih belum diketahui. Kita tunggu ajela yer apakah nama yang bakal diberikan pada anak yang comel ini.



Happy 1st Anniversary Aiza & Wan

First sekali, diucapkan Selamat Ulangtahun Perkahwinan Aiza & Wan pada 22 Oktober 2011. Pejam celik - pejam celik, dah setahun k.ja mendirikan rumahtangga dengan buah hati pengarang jantungnya Haswan Izzudin. Sangat bahagia melihat mereka. Semoga Allah merahmati ikatan perkahwinan dan sentiasa dalam rahmatNya. Amin.
Ok, jom kita layan gambar-gambar mereka yang menyambut 1st Anniversary.

Lunch before pertandingan bowling




Pertandingan boling yang menentukan siapakah yang akan belanja kek sempena 1st anniversary mereka..
Gaya seorang wira

Fokus

Berusaha untuk menang

Amacam...ok tak??

1 round, dimenangi oleh Aiza

Tidak kenal erti putus asa
2nd result diambil alih oleh Abg Wan

Sempat lagi bergambar sebelum 3rd round

3rd result


Akhirnya, keputusan yang telah dikira oleh juri tetap, mengumumkan peserta yang menang secara keseluruhannya pertandingan ini adalah En. Hazwan Izzudin, dan yang akan belanja kek anniversary mereka of course Pn Aiza kiter...haha..Suke.suke.

Inilah kek kemenangan mereka


Suapan dari suami tercinta
Excited tiup lilin

Suapan dari isteri tersayang
Selamat ulangtahun k.ja & abg wan, moga bahagia hingga akhir hayat.
Tahun ini berdua, insyaallah tahun depan bertiga, dapatlah i anak sedara lagi. :-)

Thursday, November 3, 2011

Fening Lalat..

Mownin u allz..

Macammana pagi ini, masih boleh bertahan lagi ker? yela hari ahad ni bersamaan 10 Zulhijjah 1432 H, seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Qurban yang mana ia amat bermakna sekali dalam sejarah Islam.
Sebuah kisah yang bagi saya, rata-rata semua tahukan, peristiwa  pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s dalam membuktikan cinta dan taat akan perintah Allah. Peristiwa ini telah Allah terangkan di dalam surah As-Shaaffaat (37:100-111), iaitu Nabi Ibrahim telah mendapat mimpi dari Allah untuk menyembelih anaknya. Dengan penuh kecintaan dan ketaatan baginda dan berkat kesabaran anaknya, Baginda tetap melaksanakan perintah Allah walau kena sembelih anak sendiri. Sedang Nabi Ibrahim membaringkan anaknya di atas pelipisnya untuk melaksanakan perintah Allah, Nabi Ibrahim mendapat seruan dari Allah bahawa baginda telah melaksanakan perintah Allah dengan sabar dan telah membuktikan ketaatannya, Sesudah nyata kesabaran dan ketaatan Ibrahim dan Ismail a.s. maka Allah melarang menyembelih Ismail dan untuk meneruskan korban, Allah menggantinya dengan seekor sembelihan (kambing). Peristiwa ini menjadi dasar disyariatkannya Qurban yang dilakukan pada hari Raya Haji.

Begitulah besarnya pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s dalam menjalankan perintah dengan penuh ketaatan dan kesabaran. jadi, harini, apa pengorbanan yang paling besar yang telah kita lakukan demi membuktikan kecintaan kita pada Allah??, Renung dan fikirkanlah..kita sama-sama berusaha untuk mendapat cinta Allah dan yang PALING penting untuk mendapat KEREDHAANNYA di muka bumi ini.

Ok. kita continue ke tujuan asal saya membebel harini, sebenarnya saya lambat tidur malam tadi, borak dengan anoor(h.mate) sampai jam 1.40pagi, itu yang termengantok pagi ini kat opis. Jam 9 pagi jer, mata dah menunjukkan ketidakmesraannya pada keadaan sekeliling membuatkan saya rasa nak menyorokkan muka ini dari tontotan umum di sini. Yela, dahla tempat kerja saya paling depan seakan-akan jadi kaunter pertanyaan, saper-saper jer yang masuk nak cari pegawai yang berkenaan akan bertanya pada saya, bukankah itu sudah dikategorikan sebagai kaunter pertanyaan???

Mesti korang tertanya-tanya pasai apa saya tidur lewat, betul x? Malam tadi kuar sat ada urusan diluar dan bile balik jer anoor tengah menonton tv, dan sudah jadi habit tanpa melengahkan masa saya terus jer jenguh bawah tudung saji untuk lihat hidangan apakah yang mereka masak, nampaknya ada rezeki saya. Alhamdulillah, terima Ya Allah, terima Anoor sudi masak untuk kami semua.

Ok, fokus-fokus, sebab pertama kami tido lewat, saya teman dia tengok tv, second, kami berbincang tentang keadaan diri masing-masing, kuatkah diri untuk menghadapi dugaan dan ujian yang Allah berikan dalam kondisi yang maha mencabar hari ini. sejauhmanakah usaha kita untuk mendekatkan diri padaNya, dan adakah kita telah sepenuhnya mengikut perintah yang telah Allah tetapkan dalam kehidupan kita, dan bagaimana cara untuk kita melawan nafsu kita harini, bagi pandangan saya, nafsu yang mengawal diri  bukannua diri yang mengawal nafsu. Sebagai contoh, apabila kita lapar, kita akan makan sekenyang-kenyangnya dan bermacam-macam jenis makanan dan kalaulah perut tu punya tempat yang besar unruk isi semua makanan tu,rasa-rasanya..korang pon buleh fikir sendiri kan, itu adalah kita ikut nafsu dan jika sekiranya kita makan hanya sekadarnya untuk mengisi kelaparan, itu sudah memadai. dan bermacam-macam lagila kami borak sampai xsedar dah jam 1.40 pagi.

itu yang kat ofis muka sebal jer, mengantuk tapi sedaya upaya melawannyer, jika boleh taknak biasakan tidur sehingga waktu rehat. dah dekat pukul 1 tghari, minda dah tak boleh nak kawal mata ini, tunggula yer..hehehe.

So, menu tengahari harini adalah Nasi Ayam Dara, my boss yang baik hati telah belanja kami semua di sini, terima kasih hj, semoga murah rezeki Hj. Alhamdulillah, rezeki yang Allah berikan, syukur sangat-sangat. :-))

Tuesday, November 1, 2011

Blog bersarang labah-labah

Assalammualaikum u allz....kabare??hehe. maaf sangat2 kerana lama xupdate blog ni, agak sibuk kebelakangan ni. hee..sibuk sgt ker??.

ok2. dah-dah. buat masa ni saya tiada idea nk update blog ni. dalam kepala ni macam macam difikirkan. ggggrrrr.
ini ada satu kisah yang saya nak sharekan kat korang, tengok title pon dah tau kan. alkisahnya, pada suatu hari(ececeh..cam wat karangan zaman sekolah rendah jer), hahaha..teringat zaman sekolahla, windunya. hei cik kidal, sambungla citer, dah-dahla merepeknya. ada aku kisah.

masa aku tengah sibuk menyiapkan kerja sekolah..opppsss.. kerja ofis, ada incoming call, dalamanla, ingatkan saper rupanya pn ayu yang cumel gitu kol bagitau sesuatu tentang blog saya ini.

ayu: ema bz ker?
ema: adala cikit kerja, naper?
ayu: naper ema punya blog ada sarang labah-labah?
ema: haaa..sarang labah-labah? biar betul??(dengan nada terkejut)
ayu: iyala..banyak sangat ni haa...dah penuh satu blog sarang labah-labah.
ema: eh..yeker? aku tanpa melengahkan masa terus jemari runcing aku ni klik ikon internet and klik ke blog page, bile tengok jer blog tu,takde mende pon.' takde pon sarang labah-labahnya?
ayu: hahahahaha...manade sarang labah-labah, nak bagitau blog tu lama dah tak update..hahaha
ema: ooo...hahaha..sorila.bz sangat.

haha. tula deh kalau dah sibuk sangat tahap keblurran tu dah high sangat sampai tak boleh nak fikir yang mana ada sarang labah-labah dalam blog.hahaha. lawak sangat bila di ingat kembali. so sekarang ni sibukla cik ayu kiter bagitau, blog dia dah bersarang dah.hai..ayu..ayu. betul-betul buat aku jadi sengal pada hari tersebut.